Lady Antebellum-Need You Now

Tuesday, September 14, 2010

Terbang tinggi

buat seketika terasa diri ini kecil berbanding kamu semua.

buat seketika, terasa seperti kita bagai langit dan bumi.

buat seketika, rasa cemburu menguasai diri ini.

kita pernah berpijak pada bumi yg sama,

bermimpi pada paksi yg sama,

tetapi hari ini kita berada di jalan berbeza.

aku melihat kamu semakin jauh..

terbang tinggi meninggalkan kami.

dan kamu sudah berubah..

sekarang,

kita bercakap pada laras yang berbeza,

melihat dunia dari pandangan yg berbeza,

dan kita berjalan juga pada langkah yg berbeza.


hari ini, aku masih tersenyum di sini

aku masih bisa ketawa

aku bisa menangis dan berlagu sepi.

tetapi hatiku bahagia

kerana aku redha dengan jalan ini

biarpun ia berbeza dari kemahuanku dulu

aku bangga

kerana utk berada di sini juga bukan mudah

walau kita punya takdir yg berbeza,

kita masih punya tanggungjawab yg sama

pergilah kamu ke sana

pergi melihat dunia orang,

dan pulanglah dengan kejayaan.

aku akan mendoakan kalian dari tempatku berdiri.

dan aku, aku masih bersujud syukur

kerana aku juga sedang terbang tinggi~

2 comments:

yUKi said...

i like this, lirik ke ape?

English Freak said...

no lah. i wrote it. hee.
there's a story behind it.
u phm ke ape i tulis?