Lady Antebellum-Need You Now

Thursday, July 15, 2010

Air mata kegembiraan

Honestly speaking, sy mmg bukan seorg yg mudah menangis. Xtaula kenapa dari kecik lg mmg susah nk ngs. Masa kat skolah, kwn sy ckp sy tabah. Sbb tu sy x ngs. Sy pun xtau nak iyakan ke nak nafikan. Tp sy tahu sy mmg susah nk menangis, especially depan org. Mungkin sy terlalu ego, sampai sy xnk tunjuk kat org betapa buruknya muka saya bila menangis. Tp yg pasti, bila air mata saya menitis, jgn diragui betapa dalamnya emosi saya masa tu. Dan selalunya hanya org yg bertuah je yg dpt tgk sy ngs. Org yg saya x malu bila dia nmpk sy ngs. Org yg btul2 rapat dgn saya.

Fikir2 balik, mmg iya sy mahal dgn air mata. Kalau kes tgk cite korea atau movie2 ni xbleh masuk list la. Yg tu mmg laju je air mata kuar. Kdg2 tgk iklan petronas pun blh menangis. Sy susah nk ngs when it comes to real life experience. Mcm dulu bila Abah sakit saya selalu tahan air mata dari jatuh. Tapi pd hari pengebumian arwah, x henti2 air mata jatuh. Terlalu lama agaknya saya simpan air mata tu. Akhirnya tumpah juga.

Kdg2 org menangis bkn sbb sedih, tp sbb terlalu gembira. Ni lagi la x penah experience. Tp, semenjak kenal dgn kwn baik sy yg sorg ni akhirnya saya tahu mcm mana rasanya ngs kerana terlalu gembira. Waktu tu kitorg dlm kereta, on the way pergi Pizza Hut. Dah sampai pun sbnrnye. Sekilas sy terpandang muka dia and nampak mata dia. Saya terkejut tapi buat bodo je. Pastu kitorg borak2 sementara tunggu pizza siap. Dia cerita something kat saya. Time tu saya tak dapat tahan perasaan saya and terus ckp something kat dia.

Mula2 biase je la. Tibe2 masuk ayat kedua suara saya dah serak. Air mata pun bergenang. Bila dia tgk saya mcm tu dia pun nangis skali. Sepanjang sy ckp ngn dia sy ngs. Sy x tahu dr mana air mata tu dtg tp hati sy mmg sebak sgt. Mesti korg nak tahu nape sy ngs kan?


Saya menangis sbb sy terlalu gembira dgn perubahan dia. Bila saya pandang mata dia saya nampak ada kelembutan dlm diri dia. Satu kelembutan yg sukar sy nampak dulu. Dulu bila saya pandang mata dia, saya nampak yg dia sgt terluka. Sy nmpk seorg gadis yg baru belasan tahun tapi dah terlalu banyak dilukakan. Setiap kali dia menangis dan mengadu pada saya, saya x menangis dgn dia tp dlm hati sy rasa sakit sgt. Sy sakit tgk dia sedih & sy sakit tgk dia x gembira. Jadi bila saya nampak dlm mata dia yg dulunya keras dah jadi lembut, sy x dpt tahan sebak n menangis kerana terlalu gembira.

Kami berdua menangis bersama hari tu. Bkn kerana kesedihan, tp krn terlalu gembira. Sy bersyukur sbb Tuhan dah makbulkan doa saya. Akhirnya, dia tahu apa rasanya dihargai dan disayangi oleh seseorang. Sy berterima kasih sgt dekat Mr. M sbb sembuhkan luka kwn baik sy ni. Tq Mr. M. Saya akan jadi guest list no.1 dlm wedding korg nanti. Doa saya sentiasa dgn korg. Semoga hbgn baik ni berkekalan smpai ke syurga nanti. Amin. :')

p/s: dekat dia jgk sy ngs 1st time sbb lelaki. Pelik, dgn dia byk benda yg saya rasa 4 d 1st time. :)

No comments: